Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 7 December 2011

Pembelajaran Anak-anak

Zaman sekarang perkembangan minda anak-anak amat cepat. Ibu bapa harus peka dengan memberikan perhatian terhadap naluri keinginan kanak-kanak yang serba ingin tahu. Jika diabaikan kita khuatir mereka akan mencari jawapan sendiri tanpa bimbingan yang betul.



Kini anak seawal umur 3 - 4 tahun pun dah pandai menggunakan komputer, laptop, ipad, apatah lagi handphone. Pantang lepas dari mata kita, cepat saja mereka nak mencapainya. Boleh kata mereka lebih tahu dari ibu mereka.. :)

Seiring dengan perkembangan ini, sebenarnya ada banyak sumber yang boleh memenuhi keinginan mereka untuk mempelajari sesuatu. Di luar sana ada banyak buku-buku, CD, DVD, Video youtube yang memaparkan cerita-cerita teladan, nasyid-nasyid, doa-doa dalam pelbagai bahasa. Apatah lagi jika ianya berupa animasi. Mereka pasti seronok dan secara tidak langsung pembelajaran telah berlangsung.

Ambillah sedikit ruang bersama-sama mereka supaya mereka lebih rasa dihargai dan disayangi.

No comments:

Post a Comment